Matlamat
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
1 Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
2 Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
3 Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

Objektif
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.

Thursday, January 5, 2012

Peraturan Pusat Akses

Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer.

Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah:

i) Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah.

ii) Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.

iii) Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses Sekolah.

iv) Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.

v) Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer.

vi) Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer kecuali dengan kebenaran guru bertugas

vii) Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log/ sistem sisLog.

No comments:

Post a Comment