Matlamat
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
1 Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
2 Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
3 Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

Objektif
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.

Thursday, January 5, 2012

Keselamatan

· Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer.

  • Keselamatan Mengakses Internet

i) Mesti mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 – UPTM 159/526/9 Jld.3 (9) – Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan (boleh dimuat turun daripada http://www.mampu.gov.my/mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm )

  • Keselamatan Penyimpanan Bahan

i) Pengguna TIDAK DIBENARKAN menyimpan bahan di cakera keras komputer di Pusat Akses Sekolah.

  • Sentiasa menyelenggara ruang cakera keras komputer (housekeeping) untuk menjamin pengoperasian komputer sentiasa ditahap optimum dan stabil.

No comments:

Post a Comment