Matlamat
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
1 Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
2 Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
3 Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

Objektif
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
1. Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
2. Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
3. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.

Tuesday, February 28, 2012

SSQS 5 Bintang

28.02.2012. Selasa. BTPN Selangor. Alhamdulillah syukur kepada Ilahi. SK Seri Makmur telah mencapai 5 Bintang dalam penarafan Smart School Qualification Standard (SSQS) 2011.

Monday, January 30, 2012

Kursus Networking Untuk Pengawas ICT Tahun 4




30 Januari 2012. Isnin. Kursus Asas Networking telah dijalankan untuk Pengawas ICT Tahun 4 (L)

Thursday, January 5, 2012

Aktiviti

AKTIVITI

1) Mencari maklumat daripada Internet untuk pembelajaran
2) Men
gakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan(e-Learning).
3) Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
4) Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
5) Berkolaborasi dengan murid lain

Keselamatan

· Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer.

  • Keselamatan Mengakses Internet

i) Mesti mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 – UPTM 159/526/9 Jld.3 (9) – Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan (boleh dimuat turun daripada http://www.mampu.gov.my/mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm )

  • Keselamatan Penyimpanan Bahan

i) Pengguna TIDAK DIBENARKAN menyimpan bahan di cakera keras komputer di Pusat Akses Sekolah.

  • Sentiasa menyelenggara ruang cakera keras komputer (housekeeping) untuk menjamin pengoperasian komputer sentiasa ditahap optimum dan stabil.

Peraturan Pusat Akses

Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer.

Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah:

i) Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah.

ii) Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.

iii) Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses Sekolah.

iv) Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.

v) Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer.

vi) Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer kecuali dengan kebenaran guru bertugas

vii) Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log/ sistem sisLog.

Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah

Pengerusi
Guru Besar Cemerlang
Cikgu Haji Suhaimi Bin Haji Ramli ppt.pjk

Naib-naib Pengerusi
PK Kurikulum
Puan Hajah Rohaini Binti Yaakob

PK Hem
Cikgu Chandran A/L Yilliatham

PK Kokurikulum
Cikgu Jamal Arifin Bin Mohd Jais

PK Petang
Cikgu  Mohd Abu Hassan Alshari Bin Samsuri

PK Pendidikan Khas
Tuan Haji. Aziz Bin Samsuri.

Setiausaha
Mohd Nizam Bin Abd Samad.

Penolong Setiausaha
Tuan Haji Abdul Manaf Bin Musa

AJK
En. Moh Isa Bin Saarani 
Semua Ketua Panitia.

Pengenalan

1. Pengenalan

1.1 Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

1.2 Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.

1.3 Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.

1.4 Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.

2. Matlamat

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

2.1 Membudayakan penggunaan ICT di sekolah

2.2 Mengurangkan nisbah komputer dengan murid

2.3 Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

3. Objektif

Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

3.1 Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.

3.2 Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.

3.3 Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran.